Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 3 Mac 2012

Macamana Hendak Memulakan Perniagaan Jika Anda Tidak Berduit???




Bagaimana anda hendak memulakan perniagaan tanpa modal???? ini seperti tidak masuk akal, tapi anda boleh lakukannya, tapi bagaimana pula caranya???

adakah anda pernah terfikir perkara semudah ABC dalam perniagaan anda?

apakah yang perlu anda lakukan untuk berniaga tanpa modal(wang) sesen pun??
caranya amatlah semudah ABC,

anda hanya menyediakan satu perkhidmatan yang dipanggil dengan bahasa pasarnya ialah tolong jual barang orang lain tapi ambil keuntungan daripada jualan tersebut.

apa yang perlu anda lakukan adalah menentukan apakah jenis barangan yang anda nak jual, sasaran anda pula golongan yang bagaimana?umur? dan keadaan sekelilingnya.semua perkara itu adalah penting!!! paling penting kenal pasti pesaing anda sebelum mulakan perniagaan jenis ini.

Apa yang anda perlukan untuk perniagaan tanpa modal ialah rangkaian rakan niaga, suplyer anda. sudah anda jalinkan hubungan perniagaan denganya anda harus berunding tentang hajat anda itu, anda harus berbincang mengenai bagaimana anda nak tolong jual barang-barang dia dengan harga yang asal agar anda ada komisen dalam jualan anda kepada orang lain.ingat!! anda hanya pikirkan keuntungan atas angin sahaja! jangan hendak terpikir nak beli barang dia pulak,tak pasal-pasal anda kena keluar modal.

keduanya anda buat iklan di laman sosial yang popular seperti Face Book,My space, dan lain-lain lagi. ambil gambar-gambar barangan yang anda hendak jual kepada pelanggan anda setelah andal kenal pasti siapa bakal pembeli anda.Ingat !! jangan lupa letak keterangan mengenai barangan yang anda pasarkan.

Seterusnya, barangan yang anda dah promosikan di laman sosial akan dilihat oleh pembeli. Jika anda tidak berminat untuk mempromosikan di laman sosial, anda boleh reka satu BLOG untuk promosikan barangan yang anda pasarkan.

Jika sudah ada tempahan yang dibuat oleh pelanggan, anda haruslah meminta pelanggan membayar penuh harga barangan tersebut yang telah anda letak caj-caj tambahan seperti penghantaran, dan risiko. sebagai contoh: harga barangan yang anda runding dengan suplyer anda ialah $ 50.00 + caj tambahan seperti penghantaran dan risiko ialah $30.00. jumlah keseluruhan ialah $ 80.00 ,dengan itu anda sudah untung atas angin $10.00 atau lebih.

anda haruslah menetapkan syarat-syaratnya seperti tempoh penghantaran yang anda lakukan.contoh 5 hari bekerja.setelah pelanggan bank in kan wang mereka,gunakanlah wang tersebut untuk beli barangan yang telah ditempah oleh pelanggan anda.

mudah bukan??? anda tidak perlu keluar modal sesen pun, anda hanya untung atas angin sahaja.bukankah ia berbaloi??? perniagaan seperti ini sememangnya sangat meluas di negara-negara barat. dengan tanpa modal dan tanpa memiliki barangan niaga anda boleh berniaga!!

TAPI INGAT!!! jangan sesekali anda menipu pelanggan anda!! kerana anda boleh didakwa nanti.
so selamat mecuba tips ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan